Hari ni terbaca plak pasal info sakit bersalin kat paper...tersekima sekejap...dalam info tu dorang kata wanita sekarang kalo nak melahirkan mengambil masa yang lebih lama berbanding 50 tahun yang lalu...mak aii..terkezut jgk...yeke ni??aku bersalin kan ariq pun agak dalam 5 jam lah jugak kalo nk ikut sakit bersalin tu nak dekat 12 jam jgk la...mungkin anak sulung kot..jadi pengalaman pertama nampak lama la...Penyelidik insitut kesihatan washington membandingkan data kelahiran pada awal tahun 1960-an hingga maklumat yang diperoleh dalam awal tahun 2000. Dorang jugak mendapati bahawa peringkat pertama kelahiran meningkat sebanyak 2.6 jam bagi ibu yang melahirkan bagi kali pertama dan bagi wanita yang sebelum ini melahirkan anak, peringkat awal kelahiran mengambil masa dua jam lebih panjang berbanding apa yang dialami golongan wanita pada tahun-tahun 1960-an.
“Kadar pertama kelahiran adalah peringkat ketika bukaan servik hingga bermulanya tolakan secara aktif,” Laporan dari American Journal of Obstetrics and Gynaecology.Bayi yang dilahirkan dalam kumpulan kontemporari juga dilahirkan secara purata lima hari lebih awal berbanding mereka yang dilahirkan pada tahun 1960-an. Selain itu cenderung memiliki berat badan yang lebih, kata kenyataan NIH. Wanita dalam kumpulan kontemporari juga didapati cenderung untuk dilahirkan lebih berat berbanding mereka yang dilahirkan pada tahun 1960-an. Bagi kumpulan kontemporari itu, kadar indeks jisim badan sebelum kehamilan adalah 24.9 berbanding dengan 23 bagi generasi awal. Indeks jisim badan adalah satu ukuran berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang. Ketika mereka dilahirkan, ibu dalam kumpulan kontemporari secara purata adalah kira-kira empat tahun lebih tua berbanding mereka dalam kumpulan yang melahirkan pada tahun 1960-an. “Ibu lebih tua cenderung mengambil masa yang lebih panjang berbanding ibu yang lebih muda,” kata penulis kajian berkenaan, S. Katherine Laughon, pakar epidemiologi di Institut Kebangsaan bagi Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia, Rockville, madison. “Tetapi apabila kita mengambil kira usia ibu, ia tidak menerangkan dengan jelas perbezaan dalam masa kelahiran,”
Info:Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan