Tip Pemakanan Ibu Menyusu Di Bulan Ramadhan

 
 
Bulan Puasa bakal menjelma..jadi aku sebagai seorang ibu mesti terfkir2 diet2 n pemakanan apa yang sesuai untuk bulan ramadhan ni...ariq still lagi on menyusu jadi aku kne juga berpuasa mcm biasa biarpun aku menyusu kan ariq....tertanya2 juga macam mana puasa nti ye....ariq memang kuat menyusu 24/7...biarpun dah boleh makan sendiri tapi masih kuat menyusu...my hubby dah pesan makan kurma n minum banyak air banyak2 coz itu tenaga untuk aku sebab aku menyusu...bila aku dengar kurma je aku terus jadi lemah..yela..aku memang x suka kurma..sebab aku bukan pencinta makanan manis...aku tau kurma tu makanan kegemaran Rasulullah..jadi banyak kebaikan yang tersembunyi disebalik buah manis yang berwarna coklat tu...jadi aku pun mencari tips-tips pemakanan yang sesuai untuk ibu menyusu seperti aku ni...kat bawah ni aku share sikit tip pemakanan untuk ibu menyusu.

1. Minum air yang mencukupi

                                                               
Ibu yang menyusukan anak perlu minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu berkurang pada siang hari. Seeloknya minum 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

2. Bersahur


Ibu yang menyusukan perlu memastikan dirinya bersahur setiap hari. Makan seperti biasa, tetapi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.


3. Makan kurma


Seeloknya berbukalah dengan kurma terlebih dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan setelah berpuasa sepanjang hari. Atau boleh minum shake kurma yang dicampur dengan susu soya. Lebih elok tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama, oats juga boleh membantu menambah susu badan.
4. Banyakkan buah dan sayur

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Walaubagaimanapun bagi ibu yang masih di dalam pantang tidak elok makan sayur dan buah yang bersifat sejuk seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air kacang soya. Juga elakkan dari makan makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka dan nenas
5. Minum coklat suam

Ibu yang sedang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah tetapi akibatnya bayi akan mudah berasa lapar dengan lebih cepat dan ingin menyusu dengan lebih kerap. Boleh diminimakan dengan memastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi. Tambahkan keju di dalam diet, gunakan mentega atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur.

6. Makan madu

Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu pada setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu badan.

7. Kurangkan minuman bikarbonat



Walaupun ibu yang menyusukan ketika bulan puasa digalakkan minum air yang banyak tetapi dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat (atau tidak mengambil langsung) dan minuman berkafein seperti kopi.






Terima Kasih Sudi Baca Jangan Lupa Komen

1 ulasan:

Mrs. Amad berkata...

thanx info..1st time pose time menyusukan anak ni.tkot tak kuat.tp dr skrg da pektis kurma.